Never Perfect

Disclaimer


( Assalamualaikum.. I never be a perfect but Im trying to be amazing muslimah in this world and I will show it. )

Entries About Link Tuto

Tagboard

Put your CBOX CODE here ! width="210" height="80" !

Music Player

  (paste with your own music player)

Credits

Basecode by: Aina Syaza
Editor: Amel Jasmeen
Owner: JumiahHarun
Others:   
ERTI MAK KEPADA DIRI INI


Assalamualaikum. Kalau aku tanya la apa makna mak @ ibu @ ummi kepada korang dan jawapan daripada budak matang, mak adalah segala-galanya bagi diriku kerana maklah yang melahirkan, menyusukan, membesarkan dengan penuh kasih sayang walaupun kasih sayang tersebut kadang-kala tidak ditunjukkan. Namun sebaliknya adalah jawapan bagi budak yang tak matang langsung. Mereka dengan senangnya mengungkapkan yang mak tiada makna dalam hidu mereka.

Nak tahu sebab apa mereka cakap macam tu, aku tahu sebabnya kerana diriku pernah menjadi budak tak matang suatu ketika dahulu dan ini yang aku nak kongsikan dengan korang. Masa aku diawal usia remaja memang aku tak pernah suka dengan mak aku kerana ada beribu sebab rasanya tapi aku taknak senarai semua kerana itu merupakan hal peribadi. Sebab yang pertama aku selalu rasa aku dibandingkan dengan abang aku, apa abang aku nak semua dibagi bila aku minta sesuatu walaupun benda kecil tetap tak dapat, alasan mak aku masa tu abang aku lebih penting maklumlah abang aku budak pandai.

Sebab kedua  aku rasa mak aku jenis fikiran kolot, tak terbuka langsung, nak buat ini salah nak buat itu salah. Mak aku fikir hanya sekolah dapat mengubah kehiduan. Kadang aku terfikir kenapa orang tua dekat Malaysia nie hanya pentingkan pendidikan, ingat dari sudut lain tak boleh berjaya ka, macam dari segi nyanyian, lakonan, kesukanan, kenapa tak pandang benda tu semua, kenapa mesti pendidikan. Aku mengaku aku memang tak berapa suka belajar nak jujur aku cakap aku selalu tak datang sekolah tapi lepak dengan budak-budak tak tentu arah, sebab aku rasa hanya mereka yang faham diri ini.

Ketiga, aku hairan sangat lah dengan mak aku, bapak tak lah, bapak aku sporting jak tapi mak aku nie lain sikit lah. Dia tak faham ka aku nie tak minat belajar, aku dari kecil aku suka menyanyi aku suka bersukan tapi bagi mak aku semua tu tak mendatangkan faedah. Nampak tak kerimasan aku ada mak macam nie. Aku minat benda nie tak, minat benda tu tak boleh yang dia nak aku jadi anak solehah. Well, memang semua mak akan mengharapkan benda yang sama daripada nak perempuan mereka tapi serius aku cakap aku punya perangai lebih kepada kelelakian sedikit walaupun aku tak ubah penampilan aku langsung.

Malas dah aku nak bagi sebab dan kini aku menyesal kerana aku yang dulu bukanlah aku yang sekarang ( pengaruhTegar ). Sekarang aku sentiasa berasa bersalah kepada mak aku, aku rasa aku anak yang tak kenang budi, anak yang derhaka. Setelah aku jauh dari mak aku baru aku tau betapa pentingnya seorang mak disisi anaknya. Aku kadang jeles dengan kawan aku yang dapat peluk mak dia, cium mak dia, aku mahu melakukan hal yang sama tapi jarah yang terlalu jauh sehingga menyukarkan aku melakukan benda tersebut.

Baru aku tau apa yang selama nie mak aku lakukan untuk aku bukan untuk mengongkong aku tapi supaya aku berjaya dalam hidup. Menjdi seorang yang terbaik dikalangan yang baik.Selama nie mak aku berleter supaya aku sentiasa ingat pesan dia, mak aku larang aku buat sesuatu benda tu kerana dia tahu benda tu akan merosakkan aku. Seriously, benda yang mak aku buat kepada aku selama nie, itulah benda yang aku rindu. Aku rindu nak tatap wajah mak aku, aku rindu nak peluk mak aku, aku rindu nak dengar leteran mak aku, rindu masakan daripada air tangan mak aku dan semua tentang mak aku aku rindu.

KEPADA ANDA YANG ADA MAK, IBU, UMMI DEPAN MATA MAKA DAKAPLAH MEREKA KERANA ANDA TIDAK TAHU BILA ANDA TIADA BERSAMA MEREKA KERANA KESAKITAN MENAHAN RINDU KEPADA IBU ITU LEBIH SAKIT DARIPADA MENAHAN RINDU KEPADA SEORANG KEKASIH, KATAKANLAH AKU SAYANG MAK DAN KUCUPLAH DAHI MEREKA SELAGI ANDA ADA MASA BERSAMA MEREKA.

Aku Adalah Diriku
Assalamualaikum.. Sebenarnya aku tak tau pun apa motif aku buat blog nie tapi yang pasti aku buat benda ala nie sebab aku lebih selesa meluah perasaan dengan menulis (eh tulis ka taip) daripada perlu mengeluarkan kata-kata ( cewahhh tudia ).. Biasalah kehidupan kita nie banyak ragam, ke kiri ragam macam nie ke kanan ragam macam tu.. So,kena biasa kan diri la.

Tak semua yang kita alami dalam kehidupan indah belaka kadang-kadang muncul juga duga dan lara.. Macam aku la juga, sentiasa ditimpa masalah tapi aku buat rileks jak.. Kata yang aku selalu pegang nikmati hidup selagi mampu dan abaikan apa pandangan orang lain.. Kalau nak dengar semua pandangan orang terhadap diri kita sampai dunia nie kiamat pun mereka still ada benda yang tak betul mereka tengok dalam diri kita.. Yang nie salah, yang tu kurang tepat, ahhh pokoknya macam-macam la.

Orang takkan berhenti mencari kesalahan diri kita sedangkan kesalahan diri mereka tak nampak pula.. So, better abaikan jak, daripada hati merana dengar apa yang mereka cakap.. Aku orang nak cerita buruk pasal aku cerita jak la, bukan aku yang penat, bukan aku yang dapat dosa malahan aku dapat pahala bak kata pepatah MASUK KANAN KELUAR KIRI.. Anggap jak benda tu halimunan walaupun hakikat menyakitkan.. 

Aku nie boleh dilabelkan sebagai orang yang no feeling la juga but actually ada la, mausia mana yang takda perasaan, orang gila pun ada perasaan nie kan pula aku yang cantik sempurna fizikal dan mental ( like professor ).. Cuma aku tak suka nak tunjuk perasaan aku dekat orang sehingga aku pernah dicakap sombong.. Wow gitu, yeay dapat gelaran sombong.. So, lepas nie  korang bole la panggil aku CIK SOM ( hahahahahaha ).. Terhad dipasaran panggilan tu.. Nie la maniusia bila diam dicakap sombong bila kita dah mula buka mulut dikata pula mula la kurang ajar.

Well, sorry la annoying sikit perkataan cantikk kat atas tu, tapi itulah hakikatnya.. Nak tunggu orang lain puji diri aku nie, 8 abad kemudian pun belum tentu dapat pujian.. Bukan nak angkat bakul sendiri tapi tanda bersyukur kepada Allah SWT yang telah memberi kesempurnaan fizikal.. Nakal-nakal aku nie, aku pun ingat juga kepada penciptaku.. Aku tau juga selor belok ajaran agama Islam cuma mungkin tidak semua aku guna dalam kehidupan aku, maklumlah masih berdarah panas.. Enjoy diutamakan (1Malaysia).

Nampak tak kebosanan aku dalam rangka-rangka diatas yang aku taip ( hahaha ).. But nevermind, tiada orang yang kisah pun.. Lain lah kalau dekat FB dan TWITTER, update sikit mula la nak terasa sana nak terasa sini walhal kita update not about them.. Tulah cepat sangat terasa, kan susah tapi kalau dah terasa juga Alhamdulillah la (hehehehe).. Malar nak merepek panjang-panjang.. So please my dear, just ignore the haters because they only want you to become sad and mad and they will know your weakness.. And lastly they will destroy your life ( betul ka tak grammar aku nie but who fucking cares about it ).